Friday, May 18, 2012

Bukit Saga aka Bukit Apek

Konon2 nak buat fitness sebelum pegi Gunung Stong aritu Dot, Kak Fida and Lan pegil bersantai di Bukit Saga. Adala around kul 10.30-11.00 am start hiking.Tapi takyah risau panas.pokok tinggi2 tak macam tabur.Kalau naik time cmni memang rentung habislah.

Bukit Saga terletak di Taman Saga. Kalau Taman Saga ni you all tak familiar, ia berdekatan amat dengan Ampang Lookout point.Gerai2, restoren di sebelah kanan, sila belok kiri.Ada laluan rumah perumahan terus sehingga nampak tangga di papan tanda Jalan Saga 28.


Jalan Saga 28

Naik tangga dan jalan terus.Ada sebuah papan tanda di sebelah kiri.Some words written in Bahasa Cina which i dont understand.There's a some sort of kotak kayu yang penuh dgn kayu panjang dan buluh.Korang boleh gunekan kayu-kayu ni untuk membantu korang hiking.Kira as your walking stick lah ni.Ada kedai menjual air dan buah di sebelah kiri.

Teruskan berjalan sehingga anda menjumpai susunan tempurung kelapa yang cantik menemani anda sepanjang jalan.Kira betul dah trek korang ni.Ade air terjun kecil di sebelah kanan anda.Terdapat sebekas berus disediakan di tepi air terjun ini untuk anda membersihkan kasut-kasut anda yang kotor selepas selesai trekking nanti.Menarik bukan? Memang ni hiking package yang selesa la.xmain selut-selut :D



Keadaan Trek

Teruskan berjalan sehingga anda menjumpai check point pertama.ada khemah dari groundsheet di situ.Ada 3 route untuk dilalui.A di mark sebagai paling pacak, 35 min leh sampai peak.B sederhana dan C paling santai tapi ambil masa panjang sebab berpusing.Melalui trek C, anda akan menjumpai beirut.tapi ini bukan puncak bukit saga.

Permainan kat peak Bukit Saga

Puncak Bukit saga melalui jalan C sekiranya berjalan dengan santai mengambil masa 1 jam la lebih kurang. Di puncak Saga yang amat luas tu ada banyak hammock untuk anda melepaskan lelah masing2.Ada banyak peralatan senaman yang dibuat sendiri (DIY).ternyata apek-apek yang jaga Bukit Saga ni memang la sanagt rajin memikul segalanya ke atas ni.Kalau hujan pun banyak khemah kat atas.toksah nak risau.Dah macam tempat rekreasi dah kat atas ni.

Ada air terjun sebenarnya tapi Dot tak pegi haritu.So kalau ade pegi lagi, Dot update.Enjoy!

1. Haa cuci kaki.Cuci.
2.Beirut

4 comments:

  1. dah lama tringin nak naik bukit nih...;)

    ReplyDelete
  2. santai abis bukit ni.sampai peak main buai weh.sronok.heheheh

    ReplyDelete
  3. syida dah naik gunung kinabalu kan? jom la skali lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  4. nydiaaaa::belummmm :( had to postpone until next year pulak.calendar penoh

    ReplyDelete