Aku susah nak berubah kerana cintakan dunia lebih dari akhirat.
Pada mulanya aku letak "orang susah nak berubah...". Kemudian aku terfikir, kenapa 'orang' yang aku tujukan kenapa tidak aku mengaku sendiri. Aku tahu satu jawapan yang pasti akhirnya, aku susah nak berubah kerana cintakan dunia lebih dari akhirat.
Aku bercita-cita tinggi, berangan-angan tinggi nak ubah sesuatu pd diri aku untuk melangkah ke fasa yang lebih membahagiakan.Kalau ikutkan niat tu datang sejak di matrik lagi, tahun 2005 lagi.Dah 6 tahun berlalu namun aku masih belum ke fasa itu.Lama betul kan.
Sedangkan aku selalu dengar yang jika lintasan hati untuk buat kebaikan itu datang, segeralah lakukannya kerana bimbang lintasan itu tidak akan datang lagi.Masih lagi aku fikirkan akan tanggapan manusia, tanggapan mahluk yang hanyalah hamba pada Allah.
Hati masih tidak ikhlas, hati masih tidak redha, hati masih pada dunia.
Ya Allah, kaburkanlah aku pada pandangan dunia...
Aku takut akan pujian kerana pujian itu yang membawa kepada riak dan fitnah lantas membawa aku jauh dari akhirat dan semakin cintakan dunia. Nauzubillah!
Aku terjumpa sepotong ayat dari blog seseorang (http://www.semogaallahmencintaiku.blogspot.com)...
No comments:
Post a Comment