Saturday, February 13, 2010

Lambat atau cepat doa dimakbulkan

Rezeki daripada Allah itu datang dalam pelbagai cara.
Ada yang diselitkan kepayahan dan disebalik kepayahan itu ada kesenangan.
Ada yang dihujani ujian demi ujian, kemudian nah rezeki itu datang.
Ada yang dijatuhkan sedalam-dalamnya, kemudian bangkit dengan rasa kesyukuran.
Dan dari cara-cara tersebut, ada satu lagi cara yang manusia sukar untuk menyedarinya.

Payah itu adalah rezeki.
Ujian itu adalah rezeki.
Jatuh itu adalah rezeki.
Pernahkah anda sedar?

Mari saya berikan analogi mudah untuk anda.Sila ambil sebagai contoh.Bukan untuk membangga diri tetapi sebagai perkongsian bersama.

Cerita 1

Pencapaian peperiksaan SPM si S tidak mampu dibanggakan di mata manusia.Seterusnya menjunam jatuh ketika di matrikulasi.Masuk ke Universiti diberi pilihan jurusan yang tidak diminatinya langsung. S percaya akan itu adalah rezekinya. Memikirkan setiap yg terjadi itu adalah kerana kasih sayang Allah dalam rangkuman ilmu yang hanya diketahui olehNya dan juga ibu bapa bukanlah golongan kaya raya untuk menghantar S ke institusi pengajian swasta, S melangkah gagah meneruskan ijazahnya. Graduate dengan kelas kedua namun S langsung tiada kebijaksanaan membuat programming computer dan itu merunsingkan S. Mana mungkin S blh bekerja dlm bidang IT.Pernah saya katakan bahawa setiap susah payah itu adalah rezeki bukan? S kini merupakan access admin analyst di salah sebuah syarikat oil n gas antarabangsa.

Cerita 2

Nah, saya bagi analogi yang lebih mudah dan mungkin lebih dekat dengan anda. Berbulan2 lepas S menduduki peperiksaan khas pegawai UKM.Mak aiihhh ramai betul calon2.Boleh ke S lepas ni? Sepanjang sebulan ini mcm2 perkara berlaku kepada si S. Kereta yang dibelinya tak dapat2 memaksa S menaiki bas ke tempat kerja.Pernah satu hari S lambat kerana ketika d pondok bas, S sedar kain baju kurungnya berlubang!S balik ke rumah dengan perasaan malu teramat. Tak ckup itu minggu lalu S tersekat di kesesakan jalan raya dan akibatnya S lewat setengah jam ke pejabat.Ya Allah! Keesokan harinya, high heel yang dipakai S patah!Berdengkut2 si S berjalan ke pejabat. Sepanjang minggu lepas jugak S menerima amaran dari QA kerana S telah tersalah dlm proses kerja S. Dan minggu itu jugak S menerima tawaran temuduga pegawai tadbir UKM yang mana ketika ujian khas dahulu, calonnya teramatlah ramai! Yeah, S bukan dpt tawaran kerja pun, setakat temuduga. Tapi bagi S itu adalah rezeki dari Allah kerana S adalah calon tunggal dari UKM yang berjaya melepasi ke peringkat ke 2 pemilihan pegawai tadbir.

Anda lihat dan nilai.Pasti anda pernah merasai perkara yang sama bukan.PASTIKAN anda sentiasa mengucap syukur dan menetapkan niat di dalam hati bahawa setiap pekerjaan yang anda hendak lakukan adalah kerana Allah taala.InsyaAllah, Allah permudahkan pekerjaan itu.Lambat atau cepat doa dimakbulkan itu adalah kasih sayang Allah kepada kita dalam rangkuman ilmu yang hanya diketahui olehNya. Selamat mencuba!


Gambar hiasan-S memakai satu2nya baju batik miliknya (baju rasmi upsm) untuk menghadiri temuduga pegawai tadbir UKM.Kantoi same dengan yana (junior)

Gambar hiasan-bersama adik-adik junior da teman seperjuangan.Masing2 masih berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

3 comments:

  1. weh.
    aku sokong ah pe ko ckp.
    segale dugaan pon rezki gak kn.
    haha
    atleast kte tau Allah syg kte,
    n DIA tronkn dugaan uh utk uji sejauh mne kepercayaan kte pd DIA.
    itu rezki gak kn?
    am I rite buntal?

    Munirah

    ReplyDelete
  2. uPENG dan iPENGMonday, March 01, 2010

    syahida!!! aku sangat bangga dengan kau!!!

    dah lama aku nk cakap ni.
    sejak kat maktab lagi!

    semoga kau terus maju dan maju lagik!!!

    ReplyDelete
  3. betul tu mun..
    apeng ape ko bangga kan ni.uhuhuhu

    ReplyDelete