Monday, September 16, 2013

Ibrah Daripada Surah Luqman : 18-19


Ni gambar kat Tioman. Aku rasa tenang tengok ciptaan Allah ni.

Berpada-pada dalam menyatakan kegembiraan. Bimbang kita tak sedar yang berada di sebelah kita itu sedang menghadapi saat sukar. Bersederhanalah.

Surah Luqman : 

Ayat 18 - Dan janganlah engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.

Ayat 19 - Dan sederhanakanlah dalam berjalan* dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.

berjalan* = apabila kamu berjalan hendaklah tidak terlalu cepat dan jgn pula terlalu lambat, berjalanlah dengan sopan dan merendah hati, tidak memakai pakaian dan perhiasan yang berlebihan tetapi tidak juga rendah diri

*       *       *              

Bismillah.

Yang sebenarnya lately aku cepat serba salah. Once aku upload something or share something kat facebook, aku ade tendency untuk delete balik what ever is it yang aku upload/share. Be it a photo or a status. Sebab aku takut ape yang aku tulis tu salah, menyakiti hati orang. Even tho sometimes benda tu adalah perkara betul, tapi perlu kan keyakinan dan keberanian untuk hadapi feedback orang. Amboi macam serius sangat je.

Ok aku bagi contoh, aku share video tentang wahabi. Dalam lingkungan ilmu yang aku ada, itulah betul. Menentang Wahabi. Maka untuk pihak wahabi tentulah aku salah. Untuk pihak yg takda idea ape tu wahabi lagi la confuse. Bahkan mungkin ingat aku extremist. Niat asal aku just nak orang aware tentang ilmu ni sebab ilmu tu kena cari. Bila tak cari, orang suap, kene la kaji suapan tu.

Contoh lain. Gambar. Sekarang utk aku share gambar, aku rasa sangatlah buruk perangai bila share gambar muke sendiri. Aku rasa malu kalau tepek kat wall. Tapi kalau kat blog aku rasa takpa sebab orang tak kenal aku dan bahkan tah siapa je baca blog aku. Tak pun kalau kena tag. Sekali aku approve. Tengok kali kedua aku remove tag or hidden from wall. Tiba-tiba aku rasa tak sopan tengok gambar aku kat wall. Tempat yang confirm ramai orang. Blog-takda orang. (If you got what I mean.) 

So alkisahnya, aku baru balik diving, then aku dengan jakun upload gambar dive dgn bendera Malaysia sambil buat status "Selamat Hari Malaysia". Lantas aku berfikir, betul ke aku nak wish "Happy Msia Day". Atau sebenarnya aku nak bgtau semua orang aku dive sambil pegang bendera? Riak. Titik.

Itulah kitaran hidup aku apabila bersosial atas talian.

Sebenarnya niat asal nak share gambar dengan kawan2. Yelah selalu kita cakap "nanti upload fb ek". Tapi niat tu boleh bertukar bila orang comment/like dengan hebat kat photo yang ko upload. Lalu niat berubah menjadi : Riak. Korang nampak kan. Tapi aku tahu korang baik-baik tak macam aku.

Bila dah matang ni, pemikiran aku dah upgrade sikit, bila upload aku terasa, "apa agaknya orang2 yg tak pernah berpeluang buat mcm ape yg aku buat ni rasa?" Memanglah aku belum sampai Eropah, mahupun panjat Everest atau berkereta mewah. Aku tak pernah fikir mcm ni sehinggalah malam tadi. Boleh jadi masa kita gembira sangat, orang sekeliling kita sedang berusaha melawan kepayahan hidup meraka. Tergamak tak aku untuk tunjuk kegembiraan aku tanpa sedar perasaan orang lain? Aku rasa tak.

Lalu aku google - bukak tafsir dan jumpa pesanan cinta kasih sayang dari Allah. Surah Al-Luqman ayat 18 & 19. Semoga ayat ni lekat dalam otak aku sampai bila-bila. Bersederhanalah sepertimana yang Allah tuntut. Sebenarnya kita akan jauh lebih bahagia bila kita bersederhana.

InsyaAllah.


2 comments:

  1. hi.
    tertarik dengan entry ni, sebab sekarang ni saya pun ada perasaan yang sama. malu nak upload gambar muka dalam FB. kalau upload pun yang ramai2 dengan kawan2.
    solution dia ialah upload gambar, lepastu kat setting tu, set privacy untuk sapa yang boleh tengok gambar tu, (kawan2 rapat contohnya)
    rasanya ni membantu kot :-)

    ReplyDelete
  2. Hi dzuchan. Idea yg bagus,set to sape2 je yg kita tujukan gambar tu kan. Settle. Thanks :)

    ReplyDelete