Sahabat,
Jika apa yang terjadi di Mesir, Syria & seluruh dunia yang menyakiti Islam menyentap dadamu, ayuh sarungkan hijab, labuhkan ia dari dada, sarungkan stoking kaki dan tangan, labuhkan seluar pendekmu kuatkan iman mu, tinggalkan perkara sia-sia.
Sahabat,
Jika engkau sedang berjuang utk mengubah diri kembali ke jalan yang benar, menjadi khalifah sejati, ketahuilah aku juga sedang sedaya upaya berubah. Tatkala iman itu naik, kita sama merasa manisnya iman. Tatkala ia turun, kita turut merasa, hilangnya pedoman.
Sahabat,
Allah bersama kita. Jangan pernah putus asa untuk berubah kerana Allah pernah berfirman di dalam Quran Nya;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
* * * * * *
Sungguh aku tak kuat nak ikuti perkembangan terbaru Mesir, mahupun Syria atau di mana saja umat Islam ditindas. Yang menusuk aku hari ini adalah Mesir. Lantas aku berfikir, mengapakah tekadku untuk berubah seperti tidak bergerak. Aku masih rasa kosong. Tidak merasa dekat. Masih jauh denganNya. Apakah kerana tidak kusyuk solatku dek kerana masih ada perilaku maksiat ku yang menjarak kan aku daripada Nya?
Bila aku rasa uneasy macam ni, the only place yang aku nak pergi sekarang adalah Masjidilharam atau pun Masjid Nabawi. Benar aku sentiasa merindukan Tanah Suci itu.
Ramadhan lalu, aku bermimpi aku ke sana lagi. Sehingga dalam mimpi itu pun aku berkata, "Betul ke aku kat Mekah ni? Ke aku cuma mimpi? Ya Allah seronoknya. Janganlah ini mimpi. Please lah betul!"
Tapi ternyata ia hanya mimpi. Ya Allah, aku sedang kumpul duit untuk tunaikan haji. Permudahkanlah urusanku mencari mahramku, dan rezekikan aku untuk ke sana ya Allah. Mungkin dalam 3 tahun lagi? Rezekikan aku ya Allah, dengan izin Mu ya Allah. Amin...
View dari tingkap bilik hotel di Mekah. |
No comments:
Post a Comment