Saturday, July 20, 2013

Umrah Day 13 : Selamat Tinggal Mekah dan Madinah

Day 13 April 2013, Selasa

Tawaf Wida'

Pagi itu terbangun lemah membayangkan itulah hari terakhir kami di Tanah Haram. Sedih sebak dan sayu. Membayangkan saya tak dapat nak buat tawaf wida' kerana keuzuran. Pagi itu, ada taklimat tawaf Wida'. Kami dengar dengan teliti. Kami diberi pilihan untuk tawaf Wida' sebelum atau selepas zuhur kerana bas dijangka bergerak selepas waktu makan tengah hari. Saya ikut family saya ke Masjid untuk tawaf wida'. 

Dari pintu ini lah lambaian terakhir saya untuk umrah kali ini

Sedih sangat sebab dari kejauhan pintu King Abdul Aziz, saya terjingkit2 cuba mendapatkan view kaabah. Saya lambai, lalu baca doa. Air mata mengalir. Tak henti mulut berdoa, "Ya Allah, jemput lagi aku ke sini ya Allah. Ampunkan dosa aku ya Allah. Dari jauh ni ya Allah. Izinkan aku datang lagi ya Allah." Bersungguh-sungguh saya mintak Allah bagi lagi jemputan kepada saya. Saya tetap berdoa sehingga hari ini. Saya nak datang lagi. Kalau Allah izinkan, saya nak datang dengan suami saya. InsyaAllah. 


Dari jauh, lebih kurang beginilah pemandangan saya - courtesy of BB Angah

Saya sedih tak dapat utilize kan 13 hari saya kt sini sebab saya berhenti makan pil penahan period. Usai umrah ke 3 saya mula uzur. Saya ambil keputusan untuk stop makan setelah hati saya tegerak untuk stop. Saya tahu byk perbincangan tentang makan pil ni. Betapa runsing hati saya memikirkan untuk teruskan makan atau tidak. Kemudian selepas umrah ke 2, saya berdoa pada Allah saya redha dengan ketentuan Allah. Saya berhenti makan pil dan syukur Allah izinkan saya selesaikan umrah ke 3 sebelum datang period.

Banyak hikmahnya walaupun saya tak dapat masuk ke Masjid. Saya punya masa peribadi sendiri untuk muhasabah dan bercakap dengan Allah. Ada masanya ketika dalam hotel, ada masanya ketika di perkarangan masjid. Banyak ibadah lain kita boleh buat, jangan pernah rasa terbeban dengan keuzuran yang Allah berikan. Saya yakin, Allah nak jemput saya lagi. Sebab itu, awal-awal lagi saya dah mula rindu Kaabah bila tak boleh masuk masjid lagi. Bersangka baik pada Allah bukankah itu yang dituntut?


Menuju je Jeddah

Sekitar 2 petang barulah bas muncul tiba. Menaiki bas meninggalkan Mekah. Sikit demi sedikit kota Mekah lenyap, sehingga melepasi pintu gerbang "End of Haram Boundary". Sayu. 
Bas masuk ke highway Mekah-Jeddah dan mula masuk ke area padang pasir. Jemaah terbuai akhirnya terlelap. Selamat tinggal Mekah. Moga bertemu lagi. :'(


Masjid Terapung Jeddah






Meriah seperti ada pesta

Memandangkan flight adalah tengah malam, kami masih punya banyak masa lalu para jemaah dibawa ke Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak maghrib dan Isyak serta makan malam bekal yang ditapau. 

Masjid ini cantik, jadi tumpuan riadah orang di sekitarnya juga tumpuan perniagaan. Macam-macam dijual. Termasuk jagung bakar dan khidmat Henna.



Bekal air tangan tukang masak Indonesia terakhir kami sebelum pulang ke tanah air. Macam biasa, nasinya banyak, lauknya banyak. Kenyang alhamdulillah.


Tiba di Malaysia

Akhirnya kami bergerak meninggalkan bumi King of Saudi Arabia ini dengan seribu kenangan, tiba di Malaysia sekitar jam 10 malam. Tamatlah perjalanan umrah untuk kali ini. InsyaAllah, dengan izinNya, moga mendapat jemputan lagi.Sesungguhnya saat entri ini ditulis, sudah kurang lebih 3 bulan saya pulang dari sana, tapi kenangan, sayu hati masih segar dalam ingatan. Allah pasti akan menjemput lagi, insyaAllah. Saya mahu kembali! :'(


Sebahagian jemaah dari semenanjung dalam group kami

Seandainya ada bahagian tulisan saya ini salah, mahu pun mengguris hati kalian, komen atau teguran amatlah saya hargai. Wallahualam.

Hamba Allah yang hina,
20/7/2013 5:04 am


2 comments:

  1. tak sampai seminggu saya balik dr tanah suci, saya merindui msjidil haram & masjid nabawi... hati sayu & pilu sbb ada rasa kesal tak buat tawaf sunat byk2.. kesal tak solat byk2.. hari2 saya membaca blog2 pengalaman mengerjakan umrah.. stp kali baca hati ni sayu.. saya nak kekalkan rasa begini n berdoa dapat ke sana lagi...

    ReplyDelete
  2. Tula..dah balik bru tau, better buat tawaf sunat daru umrah sunat..huu

    ReplyDelete