Friday, August 16, 2013

Gunung Besar Hantu

5 Bulan lamanya aku gantung beg dari pegi kotorkan2 dengan hujan lumpur tanah sungai hutan bagai. Memang derita sangatlah sebab sekarang ni aku tak tahu tahap stamina aku macam mana. dah lama tak berlari. Alasannye raya tak sempat lari. Sebenarnya trip Gunung Besar Hantu ni sebelum aku pergi Mekah lagi tapi tak sempat nak update blog. Since dah 5 bulan cerita basi ni, aku ingat-ingat lupa-lupa. I'll try my best to give info sebaiknya :)

Trip kali ni first time redah group Rentas (Syafiq) dengan Group Apek Bangi (Fazliey). Malam tu gather di mamak area Uptown Mines tu. Memang serabut la kne gather sana. Dengan parking penuhnya, budak sampai lambatnye. Aku and Ija sampai cukup awal siap leh tido dalam kereta. Sorry to say, tak terurus jugakla management ni. Aku rasa lokasi nk gather tu kurang sesuai. Kot-kot Syafiq or Apek baca nih, bolehla korang tambah baik mana-mana kurang kan. Ni teguran jujur, takde dendam punya :)

So pendek kan cerita, lepas lalu highway jalan jauh nak ke meeting point (entah masjid mana lupa dah) kami tido sekejap before mandi and siap-siap nak hiking. Nak ke starting point yang paling mula2 sekali kena naik 4x4. Lama jugakla. Sebab aku n Ija bijak so cepat2la rebut 4x4 selesa malah cantik.Imagine la sape yang dapat 4x4 cam bawah ni ha --> 

Classic. Sakit badan menahan trek yang hampir sejam camtoh

Aku tentulah naik LIMO

After taklimat ringkas, stretching sikit. Abang driver 4x4 bgtahu dah ade budak UTM kat atas. Sah budak A-Team ni, aku cakap dengan Ija. Kteorang ada bad experience dengan senior A-Team nih. Cakap kat Ija, janganlah jumpe brader tu. Haha
Ni penting sangat. Stretching

Maka perjalanan diteruskan dengan gigih. Aku tak laju, biasa-biasa since Ija dah pernah sampai, trek jelas so takde nak kejar sangat. Bolehla santai-santai di permulaan tu.


Layan trek



If jumpe trek tanah merah menurun sikit macam ni, means dah sampai waterpoint pertama la tu. Sebenarnye dekat je checkpoint pertama ni tapi sebab dah hampir lunch hour, Syafiq decide untuk masak lunch kat sini je. Ade sungai yang selesa untuk mandi, tapi aku, Ija and Anje layan tido. Nyenyak sangat tido maybe sebab a night before tu kan gerak lambat sangat.


Sungai kat bawah tu if you could see

Elok je settle lunch, hujan selebat-lebatnye. So ke next checkpoint akak Campsite kami meredahlah dalam hujan. Kami tiba di Kem Orkid sekitar 4-5 petang agaknye. Yang pasti awal la pasal tak de berkejar ape. Banyak orkid dan ada waterpoint kat sini. Ada air terjun kecil. Kene turun ke bawah sikit je. Seperti yang aku dah agak memang aku and Ija bertemu jugak senior A-Team ni but obviously he dont remember us sebab kteorang yang jadi mangsa itu. OK tolak tepi citer senior A-Team ni. yang penting tak kacau niat asal kami nak hiking.


Kem Orkid

View dari Campsite
Petang tu minum-minum kopi sambil tengok budak main gitar

Sekitar 4 pagi macam tu kami dah bangun, Syafiq sempat masak bihun goreng buat alas perut. Kami tiba puncak around 6.30 pagi, terus solat subuh. Masa tu team A-team dah pun tiba di puncak dulu. View tak berapa clear as kabus banyak dan pokok juga tinggi. Tabahla masing-masing tunggu sunrise. Akhirnya matahari malu-malu keluar.

At the peak
The view at different minutes
And here come the sunrise



Masa turun bawah, lalu tepi pokok ni and terasa nak tengur, bau apa ni macam kemenyan. Rupa-rupanya memang pokok kemenyan.


Pokok tumbang die tengah trek

Di perjalanan balik, memandangkan tidak hujan kami melencong ke Air Terjun. Treknya agak bahaya kerana tangganya sudah rosak. Kawasan ini agak terkenal dek kerana kepala air. Masa hujan mula turun rintik-rintik pun kami dah cepat-cepat naik. Kepala air ni berlaku dalam beberapa saat saja. Sukar nak selamatkan diri once kepala air jatuh dari waterfall tu. Waterfall ni memang tinggi dan cantik. Airnya jernih seperti tak terusik. Aku tak pasti kalau dulu dibuka untuk awam sebab ada jalan tar nak ke kawasan ini. Tapi yang pasti sekarang dah tutup sebab kes kepala air ni. 



Sangat cantik

Dari waterfall ke trek jalan tar akan jumpa tangga ini

Trek jalan tar ni sangat psiko sebab sangat panjang. Cube tengok mek ja. Psiko kan rupe dia. :p

Lepas trek psiko jalan tar yang tak habis tu, akhirnya jumpa sebuah pondok jaga sort of la. Then 4x4 kteorang dah tunggu kat situ. And macam biasa, malas nk beralah, aku n Ija dpt seat vip lagi dekat Limo kami ni. Then dibawa ke masjid, siap-siap bersihkan diri, mandi dan balik.


Capture this dekat tempat 4x4 tunggu tu

Aku takleh tinggalkan gunung lama sangat. Mesti cari trip lagi, kene cari rentak balik. Sebab aku dah janji dekat diri sendiri, sampai bercucu pon aku mesti masuk hutan. InsyaAllah. 

Kesimpulannya trip rentas n apek ni, aku salute syafiq, boss rentas.beliau boleh masak tanpa perlu mintak bantuan orang. cuma kalau dah pompuan rajin masuk dapur macam aku ni (ok muntah) mestilah ringan je nak tlg. Maybe purpose die nak bg orang selesa tapi aku rasa, die tetap kne bagi2 tugas. sebab trip die x mahal.maybe tak markup tinggi. Ape pun aku doa yang terbaik untuk rentas n apek.


7 comments:

  1. chantek bunga orkid kat kem orkid tuuu.,eHHee

    ReplyDelete
  2. salam. sis, brp lama ye hiking smp puncak??

    ReplyDelete
  3. Slm Wak Gelas, Memang cantik

    Anonymous, Salam sis, tak dpt nk estimate waktu sebenar sbb haritu overnight and lepak2 santai je trekking. GBH ni buat daypack pun possible. cbe refer website ogkl ke? :)

    ReplyDelete
  4. salam.. kalo nk hiking gunung ni kne contact spe2 dlu tak? means perlukan ranger tak utk naik?

    ReplyDelete
  5. Hi Anonymous,

    Basically apa jua gunung pun kne apply permit. Sbb nk mudahkan jpam polis etc klau jadi apa2. N of course akan mudahkan kita juga. Tapi ada sstgh hiker tak apply permit/anta nama kat balai mungkin sbb dah biasa hike gng/bkt tu. Kalau hire guider selalunya part permit/anta nama kat balai mereka yg setelkan.

    Apa pun, hike lah cara selamat. baru berkat :D

    ReplyDelete
  6. Hi nk tny. 4x4 tu sewa dkt kawasan situ ke mcm mn? Ada contact no tak utk 4x4? And one more, nk apply permit tu dkt mn?

    ReplyDelete
  7. Hi Anon,

    Sorry xdpt provide info sebab pegi trip orang organize :)

    ReplyDelete