Tuesday, October 13, 2009

Si ayah yang tidak pernah mengeluh

Melihatkan kepayahan si ayah mencari rezeki demi sesuap nasi, demi memenuhi keperluan si isteri dan anak-anak hati menjadi semakin berkobar-kobar berusaha memberikan kesenangan si ayah kelak.

Menyaksikan ketabahan si ayah meredah kesejukan 6.30 pagi dengan hanya diselimuti sweater menuju ke lubuk rezeki setiap hari menguatkan ingatan kepada cita-cita yang harus dicapai.

Merasakan sendiri tabahnya si ayah meredah hujan lebat walaupun kenderaannya tidak berbumbung dan kadangkala rosak di tengah-tengah perjalanan mencari rezeki mengingatkan diri akan tanggungjawab besar yang harus dipikul.

Mengenangkan kuat semangatnya si ayah mengharungi getir hidup sungguh pun dirinya sedang dimamah penyakit mengalirkan si air mata.Bukan kerana lemah dan tidak berdaya tetapi kerana semakin kuatnya si hati untuk bangkit setelah dia jatuh tersungkur.

Sungguh pun si anak meminta itu dan ini, mengeluh tidak cukup begitu begini, si ayah tetap teguh berdiri dengan senyuman menghiasi sang bibir.Itulah kasihnya ayah.Tiada galang gantinya.

Tak mengapalah jikalau harus bersesak berhimpit sampai ditolak-tolak lautan manusia ketika bergelut mendapatkan tren.

Tak mengapalah jikalau harus pulang sendiri di tengah malam dengan teksi yang meragukan dengan hanya berbekal doa supaya selamat sampai

Tak mengapalah jikalau datang ke pejabat baju basah kuyup dek hujan lebat

Tak mengapalah jikalau harus menunggu si bas berjam-jam lamanya mahupun menanti si tren komuter yang delay aja setiap hari

Apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan si ayah.

Dan oleh kerana itu, bila ditimpa susah, sang diri hanya harus mengenangkan kembali keperitan si ayah dan hanya senyuman penguat hati untuk meneruskan perjalanan hidup yang jauh ini.Kesenangan tak datang bergolek.Tak datang usaha tak datanglah bahagia..


10 comments:

  1. okay~

    i rasa nak nanges bila baca ur post ..touching~

    ReplyDelete
  2. Jangan nanges dear, you have to be there stand straight for me.hikhikhik ;)

    ReplyDelete
  3. Thank you, you reader. (rs mcm dah approve 1 comment tapi terdelete.somehow nak say thanks for the advice ;) )

    ReplyDelete
  4. yes,i cried when i read this...my dad is the most alive,hard working,passionate human being.yes, he is.

    ReplyDelete
  5. selalu meletakkan ibu bapa dlm 1st list doa adalah perkara utama yg kite perlu lakukn. mendoakan kesihatan, umur yg panjg, di temptkn di dlm golongn yg beriman dn d sayangi Allah, di limpahkn kasih syg kepada mereka sudah cukup bermakna untuk kita yg bergelar anak dan kesenangan itu dtg secara x langsung..doa anak yg akan mengiringi ibu bapa ke alam ke dua. bagusla sya berfikiran mcm tu. sejuk perut mak mengandung. =) takin care

    ReplyDelete
  6. oleh itu..tgklah papadom..huhu

    ReplyDelete
  7. Allah itu maha bijaksana.
    Dia timpakan kesusahan pada manusia.
    supaya nanti manusia akan sedar.
    tapi kenapa ada manusia yang susah nak sedar?
    tak pernah nak ingat asal-usul?
    bila dah ada kat atas susah sangat nak tengok ke bawah balik?
    kenapa? susah sangat ke?

    ReplyDelete