Saturday, April 5, 2014

Diving trip : Mabul - Sipadan - Siamil - Day 4 & Day 5

24 Februari 2014


Pagi itu Dot tak bangun terlalu awal. Destinasi terakhir utk tiga dive terakhir adalah di Pulau Siamil. Selesai light breakfast pagi itu, kami terus ke jeti. Ada 3 group dive untuk hari itu. 1 group mat salleh, 1 group 2 gadis Malaysia dan 1 group kami. Perjalanan ke Siamil tiba-tiba terhenti di tengah laut. Di hadapan ada sebuah pulau cantik bernama Denawan. Rupa-rupanya kami sedang melalui kawasan air cetek. Dot rasa bot macam dah langgar batu karang mati. Nasib baik dah mati -_-.

Struktur batu ni la yang buat aku rasa Denawan Island ni cantik

Siamil Dive 1 : Second Beach

Kami lewati pos ATM Pulau Si Amil sekitar jam 9.27 pagi untuk register atau report kedatangan kami. Sebelum jam 10 pagi kami tiba di dive site pertama, 'Second Beach'. Seorang demi seorang backflip dan berkumpul dekat dengan Dive Master Nas. Lalu kami mula descending. Tak lama kami turun, terus DM Nas menjerit-jerit di kedalaman 30 meter itu. Its Devils Ray! Nas dah super excited nak rakam dengan Go Pro nya. Tercungap-cungai nak kejar. 2-3 kali jugak jumpa School of devil ray ni. 1 school tu adela minimum 3, maximum 6 gitu.

Post ATM untuk register

Dot betul-betul tak jangka akan jumpa Devils Ray. Alhamdulillah, kami benar-benar seronok walaupun sekadar 30 minit sebab ade yang dah kehabisan gas! Kami ke pesisir pantai Siamil untuk interval surface. Betul-betul menghadap Pulau Denawan/Danawan. Cantik pasirnya. Putih. Selepas breakfast, kami terus ke bot untuk next dive.

Magnificent Siamil Island
Subhanallah. Too pretty
Depan tu lah Denawan Island

Siamil Dive 2 : Meditation Wall 

Lepas 1st dive, masing-masing sakit kepala. Mana tak, main kejar-kejar dengan Devils Ray buat breathing lebih laju, terus menangkap di kepala. Ada divers give up untuk next dive. Second dive kami pergi sekadar kedalaman 18 meter selama 61 minit. Siamil penuh dengan kejutan sebab banyak haiwan-haiwan unik kami temui. Kali ini kami jumpa pelbagai eel, sea snake, yellow boxfish yang macam sponge bob, signal goby, banded coral fish, juvenile pinnate bat fish dan banyak lagi. 61 minit tak terasa lama, macam kejap je. Rasa khayal aje di dasar laut.

Kami ke pesisir pantai lagi untuk interval surface dan lunch. Sebab kan gap lama, aku dan Pijah and Kak Yat pergila mandi pantai. Selalu kalau dive tak sempat nak mandi pantai. Lain tau menyelam terus and mandi pantai. Bagi Dot, Pulau Siamil ni sangatlah cantik. Nak pulak ada view Pulau Denawan. Di Siamil hanya ada post ATM manakala Pulau Denawan ada penempatan.

Sea shells, boat and Denawan at the back there
Dead corals

Siamil Dive 3 : First Beach


Last photo of last dive

Finally kami sampai ke dive terakhir untuk trip kali ini. Tak jauh pun dari pantai kami berehat tu. Depth terakhir ni pun sekadar 15 meter dan dive time sekitar 60 minit. First sekali kami nampak cuttle fish. A gigantic cuttle fish. Aku rasa tinggi orang tapi gemuk. Bila kita dekat je, trus warnanya berubah jadi hitam and lepas tu die terus berenang laju. Macam jet. Lepas tu jumpa pulak squid. Pon besar jugak. Happy betul sebab jumpa family sotong.

Tak lama lepas tu kami jumpa some snake eels, ornate ghostpipe fish dan barred sand conger. Then almost nak ke darat dah, jumpa pulak dancing fish @ sweetlips fish. Memang ikan tu berenang macam dancing. Comel sesangat. Lepas tu aku follow Nas rapat-rapat main dengan eel. Eel main hide and sick dalam pasir. Last sekali Nas terjumpa cengkerang kerang. Then nampak macam ada mata staring us dari dalam shell tu. Kami usik sikit, keluarla Octopus kecil. Comel sangat sebab die berubah warna dari jernih ke coklat to hitam.

Masa tu tank dah start kosong dan deep dive dah sangat cetek. Aku struggle nak turun sebab dengan lajunye aku surface. Tong dah ringan. Terapung-apung aku kat surface sambil budak-budak kat bawah pegi selfie dengan octopus. Aku cube tarik Kak Jijah, tapi ditepis beliau. Ciss time selfie masing-masing mula la lupe kawan kan. Buktinya aku terkapai-kapai kat surface ada dalam bideo di bawah.





Akhirnya, tamatlah trip dive kali ini. Memang sangat satisfy dan berbaloi-baloi sebab macam-macam kami dapat. Ilmu, experience. Big thanks to our dive master, Nas the best. Definitely will come again. At least to Sipadan barrier reef. Alhamdulillah, for the chance given. Thank You Allah :)

Nyawa

Orang Bajau

Kalau di Semporna memang ramai orang-orang yang hidup di bot / sampan / kapal. Mereka ke pekan semporna untuk menjual hasil laut yang mereka cari. Boleh nampak dalam satu-satu bot ada ramai di dalamnya. Sukar nak percaya yang mereka memang tinggal dalam bot tu. Selesa kah? Mereka lebih dikenali sebagai orang Bajau Laut. Ada juga yang memiliki rumah terapung, berdekatan mana-mana pulau. Ada juga kaum Bajau Pantai yang mendiami pulau-pulau di sekitar semporna seperti Mabul dan Denawan. Mereka ini turut dikenali sebagai "orang tanpa negara".

Pada mulanya aku turut terfikir, siapa mereka, mana asal-usulnya dan mengapa mereka seakan seperti tak daya nak ubah nasib keluarga masing-masing. Persoalan aku sedikit sebanyak terjawab oleh DM, Nas. Menurut beliau Orang Bajau ni asalnya dari perairan Filipina, Indonesia dan Malaysia. Pernah juga aku terbaca dari satu blog akan sebuah puisi nukilan orang Bajau sendiri. Asalnya mereka dari Filipina, tapi ke Sabah (ketika itu Sulu) atas sebab satu perjanjian yang aku lupa. Sudahnya, kehadiran mereka tak dikehendaki Sulu, namun kepulangan mereka ke Filipina jugak tidak disambut. Jadilah mereka hidup di lautan tanpa negara.

Macam mana mereka boleh survive dan datang ke pekan Semporna. Mereka sebenarnya dibenarkan ke daratan Semporna untuk mendapatkan keperluan asas atau untuk menjual hasil laut. Dan ada juga yang memiliki surat kebenaran dari pihak berkuasa. Aku agak sedih mengenangkan status tanpa negara menyukarkan mereka untuk dapatkan hak. Macam mana denga pendidikan mereka, adakah mereka layak memandangkan mereka bukan warganegara Malaysia?

Di Pulau Danawan memang ada sekolah. Juga di Pulau Mabul. Tapi aku tak pasti kalau yang tinggal di kampung bersebelahan resort yang aku tinggal tu layak atau tidak untuk ke sekolah. DM kami sendiri ibunya warga Filipina manakala bapanya rakyat Malaysia. Pernah beliau dihina divers yang beliau bawa. Divers tu cuba provok DM kami untuk mengaku yang die tiada kerakyatan. Pada aku, attitude diver tu macam orang tak berpendidikan. Too bad.

Untuk maklumat lebih tepat, Dot sarankan korang baca blog ini http://adrico-adricos.blogspot.com/