Saturday, July 20, 2013

Umrah Day 13 : Selamat Tinggal Mekah dan Madinah

Day 13 April 2013, Selasa

Tawaf Wida'

Pagi itu terbangun lemah membayangkan itulah hari terakhir kami di Tanah Haram. Sedih sebak dan sayu. Membayangkan saya tak dapat nak buat tawaf wida' kerana keuzuran. Pagi itu, ada taklimat tawaf Wida'. Kami dengar dengan teliti. Kami diberi pilihan untuk tawaf Wida' sebelum atau selepas zuhur kerana bas dijangka bergerak selepas waktu makan tengah hari. Saya ikut family saya ke Masjid untuk tawaf wida'. 

Dari pintu ini lah lambaian terakhir saya untuk umrah kali ini

Sedih sangat sebab dari kejauhan pintu King Abdul Aziz, saya terjingkit2 cuba mendapatkan view kaabah. Saya lambai, lalu baca doa. Air mata mengalir. Tak henti mulut berdoa, "Ya Allah, jemput lagi aku ke sini ya Allah. Ampunkan dosa aku ya Allah. Dari jauh ni ya Allah. Izinkan aku datang lagi ya Allah." Bersungguh-sungguh saya mintak Allah bagi lagi jemputan kepada saya. Saya tetap berdoa sehingga hari ini. Saya nak datang lagi. Kalau Allah izinkan, saya nak datang dengan suami saya. InsyaAllah. 


Dari jauh, lebih kurang beginilah pemandangan saya - courtesy of BB Angah

Saya sedih tak dapat utilize kan 13 hari saya kt sini sebab saya berhenti makan pil penahan period. Usai umrah ke 3 saya mula uzur. Saya ambil keputusan untuk stop makan setelah hati saya tegerak untuk stop. Saya tahu byk perbincangan tentang makan pil ni. Betapa runsing hati saya memikirkan untuk teruskan makan atau tidak. Kemudian selepas umrah ke 2, saya berdoa pada Allah saya redha dengan ketentuan Allah. Saya berhenti makan pil dan syukur Allah izinkan saya selesaikan umrah ke 3 sebelum datang period.

Banyak hikmahnya walaupun saya tak dapat masuk ke Masjid. Saya punya masa peribadi sendiri untuk muhasabah dan bercakap dengan Allah. Ada masanya ketika dalam hotel, ada masanya ketika di perkarangan masjid. Banyak ibadah lain kita boleh buat, jangan pernah rasa terbeban dengan keuzuran yang Allah berikan. Saya yakin, Allah nak jemput saya lagi. Sebab itu, awal-awal lagi saya dah mula rindu Kaabah bila tak boleh masuk masjid lagi. Bersangka baik pada Allah bukankah itu yang dituntut?


Menuju je Jeddah

Sekitar 2 petang barulah bas muncul tiba. Menaiki bas meninggalkan Mekah. Sikit demi sedikit kota Mekah lenyap, sehingga melepasi pintu gerbang "End of Haram Boundary". Sayu. 
Bas masuk ke highway Mekah-Jeddah dan mula masuk ke area padang pasir. Jemaah terbuai akhirnya terlelap. Selamat tinggal Mekah. Moga bertemu lagi. :'(


Masjid Terapung Jeddah






Meriah seperti ada pesta

Memandangkan flight adalah tengah malam, kami masih punya banyak masa lalu para jemaah dibawa ke Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak maghrib dan Isyak serta makan malam bekal yang ditapau. 

Masjid ini cantik, jadi tumpuan riadah orang di sekitarnya juga tumpuan perniagaan. Macam-macam dijual. Termasuk jagung bakar dan khidmat Henna.



Bekal air tangan tukang masak Indonesia terakhir kami sebelum pulang ke tanah air. Macam biasa, nasinya banyak, lauknya banyak. Kenyang alhamdulillah.


Tiba di Malaysia

Akhirnya kami bergerak meninggalkan bumi King of Saudi Arabia ini dengan seribu kenangan, tiba di Malaysia sekitar jam 10 malam. Tamatlah perjalanan umrah untuk kali ini. InsyaAllah, dengan izinNya, moga mendapat jemputan lagi.Sesungguhnya saat entri ini ditulis, sudah kurang lebih 3 bulan saya pulang dari sana, tapi kenangan, sayu hati masih segar dalam ingatan. Allah pasti akan menjemput lagi, insyaAllah. Saya mahu kembali! :'(


Sebahagian jemaah dari semenanjung dalam group kami

Seandainya ada bahagian tulisan saya ini salah, mahu pun mengguris hati kalian, komen atau teguran amatlah saya hargai. Wallahualam.

Hamba Allah yang hina,
20/7/2013 5:04 am


Friday, July 19, 2013

Umrah Day 12 : Gua Hira' di Jabal Nur

Day 12 April 2013, Isnin


Alhamdulillah, hari ini hari ke 9 umat Islam berpuasa. Hari ini saya rindu amat dengan Mekah dan Madinah. Saya belek2 group facebook "Pengalaman Haji dan Umrah, PHDU". Group ni tempat bekas tetamu Allah berkongsi gambar, pengalaman, cerita tanpa masing-masing rasa riak, nak show off sebab masing-masing berkongsi perasaan yang sama. RINDU.


Gua Hira' di Jabal Nur



Lantas saya ringankan tangan untuk menulis entri Umrah seterusnya, hari ke 12. Kali ini kami ke Jabal Nur yang mana terletaknya Gua Hira'.Kemuncak hari-hari terakhir di Mekah. Hari itu deman saya sikit-sikit dah mula kebah. Ye, saya dapat experience demam kat Mekah :) Tapi selsema masih belum kebah. Sukar nak bernafas. Jadi langkah saya tak laju, perlahan. Tak mampu nak kejar ayah di depan. Kaki gunung, belum tentu laju panjat Bukit Nur. Allah nak uji supaya tak riak :)

Masa tu mula saya terbayang, saya ni dah dibawa ke kaki gunung.tinggal nak daki sikit je lagi. Macam mana la agaknya Rasulullah saw dulu berjalan membawa diri dari rumah beliau. OK jauh.memang jauh. Dan puncaknya tinggi sekali. Di kaki Jabal Nur pun sudah ada kedai runcit yang turut menjual barangan cenderamata.




Pendakian bermula

Langkah demi langkah, tengok ke depan.tinggi. teruskan melangkah.Ayah dah jauh ke depan.Angah dan emak di belakang.



  




Sesekali menoleh ke belakang, indahnya bandar Mekah di kala malam. Kelihatan Menara Jam, dan cahaya Masjidilharam jelas terpancar. Hebatnya rumah Allah yang satu ini. Sampai ke bulan cerah cahanya kelihatan.Allahuakhbar :)




Di tengah-tengah perjalanan kami bertemu dengan pembuat tangga yang meminta sedekah.sekali kita sedekah, sedikit simen ditambah untuk membuat tangga. Bijak cara mereka mencari pendapatan. Wallahualam, cuma bersangka baik. Melepasi si pembuat tangga, kami ditemukan dengan seekor kambing yang mana menurut mutawif, terdapat cerita di sebalik kambing ini. Dipercayai haiwan ini ada sejak zaman Nabi saw lagi. bukan lah kambing ni hidup sejak zaman Nabi saw, tapi keturunan haiwan bernama kambing ni.


Tiba di puncak & Gua Hira'

Akhirnya kami tiba di puncak. Sebelum tiba di puncak sebenar Jabal Nur, terdapat 2 buah kedai cenderamata dan kedai minuman. Mcm2 cara orang mencari rezeki. Sudahlah jauh di puncak, harus mengangkat barang-barang jualan lagi. Hebat.


Ruang solat di puncak. Untuk ke Gua Hira' harus turun sedikit




Di puncak Jabal Nur terdapat ruangan terbuka untuk solat. Ketika kami tiba, terdapat sekumpulan jemaah dari Indonesia. Untuk ke Gua Hira' kami harus menuruni sedikit dan alhamdulillah ketika kami tiba, masih tidak ramai orang, maka dapat solat dengan selesa. Indah permandangan dari puncak. Sejuk sekali ditambah pula dengan angin yg bertiup.


Pendakian berakhir

Syukur, kesemua ahli keluarga berjaya menamatkan ekspidisi ini dengan jayanya. Saya kagum melihat kesungguhan mereka yang lebih berusia untuk naik ke puncak. Sepanjang pendakian tentulah saya kenangkan bagaimana payahnya Rasulullah saw mendaki. Kini pendakian jadi lebih mudah dengan adanya tangga, pemegang dan pondok kecil untuk para jemaah berehat sebelum memulakan pendakian. Kami pulang dan berehat sepuasnya. Esok merupakan hari terakhir di Mekah.


Nuzul Quran

Peristiwa penting di Gua Hira' ini tentulah Rasulullah menerima wahyu yang pertama yang menjadi panduan untuk seluruh umat Islam. No matter what it is, iqra is the first thing you gotta do. Bacalah kerana membaca itu memberikan kita ilmu :)

Nuzul bermaksud turun. Dalam konteks ini bermaksud penurunan Al Quran yang menandakan bermulanya tugas Nabi saw. Peristiwa ini terjadi pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum hijrah (pun begitu terdapat khilaf tentang tarikh. Boleh rujuk website ini). Pada ketika ini Rasulullah yang berusia 40 tahun telah mengasingkan diri daripada masyarakat jahiliyah Mekah di Gua Hira'.Dan ketika ini lah Jibril datang menyampaikan wahyu yang pertama.

Surah Al Alaq : Ayat 1-5 menceritakan dengan lebih mendalam akan peristiwa ini.



Bersambung ke entri terakhir