Saturday, January 1, 2011

A year of adventures


Bismillah, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selamat Tahun Baru 2011. Dengan kehendaknya, maka kita semua masih bernafas. Alhamdulillah. Peluang ini sebenarnya untuk kita berubah jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Memang jarang sekali i update & bicara tentang hidup i. Lebih selesa utk bercerita tentang travel & outdoor activities yang i pegi. Somehow i rindu juga nak bercerita. Yea readers tak de tapi someday bila i baca balik blog ni, ia akan igtkan i siapa diri i.

Tahun baru, assignment baru. I bertukar pekerjaan from Exxonmobil to a small company yang tak smua org familiar. My decision buat ramai tertanya2, xkurang jugak ada yang ketawa. Tindakan tu seakan tidak tepat bagi mereka. Exxonmobil i x deny yang i selesa di sana, workload pun masih terkawal, environment pun membahagiakan. But somehow, I ada cita-cita & impian sendiri.Untuk merealisasikan impian tu, I need to get out of my comfort zone.


Apabila u mencabar diri sendri, u akan dpt lebih banyak experience biarpun u akan kerugian sedikit. Itulah kata org pelaburan. Even org yg berjaya pun akan tempuh macam2 kegagalan sebelum dia dikenali dan disegani oleh semua org. Sementara usia i yang masih muda (officially 23 tp ikut tahun dah 24 :P ) dan masih belum ada komitmen perkahwinan, masa ni lah i explore segala possibilities yg ada. Tahun 2011 i harap i dpt sebanyak ilmu yang mungkin untuk i expand my career and i bersedia dgn ape pun halangan.


Warning! Challenges ahead! I am well aware tentang company baru yg i masuk. The environment, karenah pentadbiran dan sebab kekurangan-kekurangan itu yang i tahu akan beri kelebihan pada i masa depan nanti. Biarpun org di sekeliling i langsung xbermotivasi, i sikit pun xkan terikut2 dgn cara mereka. Niat yg baik, yakni kerana Allah mesti dpt perlindungan dari Dia. Sebab tu i pesan pada kawan2 i, di mana fizikal kita berada bukanlah kayu ukur pencapaian kita tapi, hanya kita yang tahu sejauh mana telah kita melangkah.


I namakan 2011 ni sebagai tahun penuh cabaran, a year of adventures. (adventure :An adventure is an activity that is perceived to involve risk, danger or exciting experiences.) Semoga i dapat tempuhi 2011 dengan cemerlang.

I doakan all of you akan mencapai azam yang telah ditanam. Semoga Allah tidak meninggalkan kita walau pun sekelip mata dan kita harus berusaha mendapatkan perhatian-Nya.

Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina”
(Abu Sulaiman Ad Daroni)
sumber

2 comments: