Satu perkara yang tidak saya pasti, apakah teguran itu sebenar-benarnya dari hati atau ditokok tambah dorongan nafsu amarah?Adakala ia mengganggu benak fikiran saya walaupun sedaya upaya saya cuba lari dari memikirkan tentangnya.
Teguran/pertuduhan atau apa jua layak dipanggil, teramat tajam dan adakala tidak masuk dek logika akal.Kata org kenapa perlu gelabah kalau bukan kamu yg salah.Bukan saya gelabah.Tapi persoalan-persoalan ini mengganggu kitaran minda saya. Saya baru sahaja melangkah mengenal dunia sebenar alam dewasa, namun awal-awal lagi saya menemui kegagalan.Tak mengapa, saya tidak pernah takut akan kegagalan kerana saya percaya semakin banyak kegagalan yang saya tempuhi, semakin cerah kejayaan yang bakal saya terima.
Setiap tindak tanduk saya diputar belit dan ditafsir mengikut sedap rasa si pemerhati.Penilaian yang tidak adil barangkali.Saya akui akan kebenaran sesetengah perkara yang cuba ditegur si empunya badan namun saya sangkal sama skali akan pertuduhan tentang kisah peribadi saya. Teramat mudah mereka menilai tara keperibadian saya.
Be strong sya dearie,
Mulut orang kita xboleh tutup. Satu hari nanti semua pasti akan terbongkar. Ingatlah semua, sesungguhnya ujian daripada Allah itu kadangkala datangnya dalam bentuk kesusahan atau pertolongan.Jika bantuan itu datang dalam bentuk kesusahan, beruntunglah kamu kerana Allah menghitung akan setiap kesukaran, air mata dan penat lelah mu itu dan kamu akan sentiasa beringat dan menjauhi laranganNya.Namun andai ujian itu datang dalam bentuk pertolongan, berjaga-jagalah kamu.Kamu bisa hanyut dan lalai dengan setiap perkara yang kamu lakukan. kerana dalam kesenangan yang kamu hadapi itu kamu sangkakan setiap perlakuan kamu itu benar dan mendapat keredaanNya.Berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan.Semoga Allah bersama-sama aku dan kamu agar tetap berada di atas landasan yang benar.
Wallahualam.