Assalamualaikum.
Salam jumaat sahabat. Hari ini, terasa nk kongsi kan ilmu yang saya petik dari video Tafsir & Riyadhus Solihin oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, Darul murtaza. Kali ini, beliau membicarakan soal hati yang berbolak-balik.
Menurut beliau, ada org yang awalnya beriman, kemudian boleh ragu-ragu dan menolak ayat-ayat Allah. Maka golongan yang bertaqwa ni berdoa pada Allah agar tak dipesongkan hati mereka terhadap ayat-ayat Allah. Mereka orang yang kuat hatinya pada Allah tapi rasa tak tenteram pada penghujungnya. Kerana yang hanya tahu hujung nasib seseorang hanya Allah yang tahu. Mereka takut tergelincir kerana hati manusia ini berada di antara dua jari Allah yang boleh dibolak-balikan.
Hati ini perumpamaannya boleh jatuh anytime jika kita letak antara dua jari. Hari ini baik, esok tidak baik. Hari ini suka, esok tidak suka.Entah kita punya perasaan takut itu sahabat? Ayuh pupuk rasa itu supaya kita tidak merasa angkuh pada Allah
Sumber Video : Darul Murtadza
Kemudian saya cuba cari ayat al-quran berkenaan hati yang berbolak-balik ini dan pencarian saya menemukan kepada sebuah blog yang hebat kupasannya di sini
Firman Allah swt :
“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)
Hati berbolak-balik ini bukan limited kepada perasaan cinta sahaja atau iman sahaja. Malah dalam kehidupan kita sehari-harian pun ada berlaku. Contohnya :
Contoh 1 : Pagi ni kita target nak solat awal maghrib, tapi apabila tiba waktunya, tayangan rancangan drama di televisyen lebih mengusik hati. Tanpa disedari kita tunggu cerita tu habis dan telah delay solat tadi
Contoh 2 : Kita upload gambar kita ke masjid dengan harapan org lain terbuka hati nak join program kita di masjid tu. Tapi bila dapat banyak 'like' dan pujian, tak disedari kita rasa bangga dan ujub dengan diri sendiri. Nauzubillah
Hari ini baru saya sedar tentang sebuah hadis yang agak popular yang selalu saya dengar lagi-lagi zaman sekolah dulu. Tatkala itu semua orang relate kan ia dengan cinta manusia yang tanpa hubungan sah itu.
Rasulullah pernah bersabda, jika kita menyukai sesuatu;
“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya sahaja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya sahaja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.” (HR Tirmizi)
Benar sekali sabda Rasulullah saw. Saya benar-benar tertarik dengan hadis ini. Pokok pangkal, bersederhanalah kita kerana pemilik hati ini yakni Allah, maha mengetahui apa yang terbaik itu kita. Demi untuk memberikan yang terbaik pada kita, maka dibolak-balik kan hati yang satu lagi supaya Allah boleh beri sebuah hati yang baru untuk kita. Faham kan? :)
Dan apa-pun kembali pada Allah, yang lebih harus kita risaukan adalah Allah bolak-balik kan hati kita daripadaNya.Apabila kita ada kesedaran yang Allah itu bisa membolak-balik hati kita, pasti kita akan sentiasa bersedia menerima ujianNya dengan mempersiapkan diri dengan iman, ilmu dan amal. Berdoalah sentiasa agar Allah tetapkan hati ini, agar iman yang teguh ni tidak goyah.
Mari belajar sebuah doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw :
“Wahai Zat Yang Memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan kepadaMu!” (HR Muslim)