Saturday, April 22, 2017

Jelajah Aceh - Pulau Weh Day 1

First time dengar Aceh masa di awal ambil lesen diving. Masa tu Pulau Weh ini memang famous lah among Malaysian Divers and masih famous sehingga kini. Plan asal nak pergi rasanya 5 tahun yang lepas. Siap buat research, nota sana sini sampaikan nota tu masih tersimpan sehinggalah trip ini jadi kenyataan tahun ini. Asalnya trip family kecil. Tapi sorang sorang nak ikut, jadilah trip berlima.

Waktu di Banda Aceh lewat 1 jam dari Malaysia. Orang Aceh tak cakap Bahasa Jawa macam dialek orang Jakarta Bandung. Bahkan dialek Banda Aceh sedikit berbeza dengan Pulau Weh atau nama lainnya Sabang. Kadang-kadang dialek Banda Aceh kedengaran seperti dialek Sarawak.


4 Feb 2017
Kuala Lumpur - Banda Aceh - Pulau Weh

Flight KUL-BTJ-KUL melalui Air Asia cuma ada dua. Pagi dan petang. So kami ambil flight pagi ke Banda Aceh sebab nak kejar kapal cepat ke Pulau Weh. Setibanya di Airport, kami terus dapatkan simcard Telkomsel (itu saja telco yang bagus di Pulau Weh) untuk call Supir untuk ke Labohan Ulee Lheue, jeti ke Pulau Weh. Take note, perjalanan ambil masa sekitar 20 minit dan anda akan ada masa yang sangat ngam ngam kalau nak kejar first kapal cepat ke Pulau Weh. Sampai di jeti, kapal memang almost ready nak berangkat. Kapal Cepat ni sekitar 40 minit dan kapal betul-betul selesa macam seat bas Transnasional yang baru.





Pulau Weh - Benteng Jepang

Kami tiba di jeti Pulau Weh dan terus berjumpa dengan supir yang kami aturkan awal. Pulau Weh ini boleh tahan besar. Malah dari Jeti ke tempat penginapan kami ambil masa sekitar 30 minit, ditambah pula dengan keadaan fizikal pulau yang berbukit dan jalan yang sempit. GPS tak berfungsi 100% sebab ada sesetengah kawasan yang tak ada line. 

Tempat lawatan pertama kami adalah Bentang Japan yang terletak di Pantai Anoi Itam. Tarikan utamanya adalah kubu pertahanan Jepun tapi rasanya pelawat lebih teruja melihat cliff berwarna hitam yakni batu karang. Even di kawasan benteng pun ada batu karang. Mungkin satu masa dulu, ia merupakan dasar laut?





Pulau Weh - Pantai Sumur Tiga, Pantai Anoi Hitam

Selalunya kalau nak ke Pulau Weh, samada Pantai Iboih atau Pantai Sumur Tiga yang jadi pilihan. Pantai Sumur Tiga ni memang sangat cantik sebab pasirnya putih. Sesuai kalau ada anak kecil sebab kawasan pantainya luas berbanding Iboih yang berbatu karang dan banyak chalet/villa di bukit-bukit.

Pantai Anoi Hitam pula meruapkan kawasan pantai yang pasirnya berwarna hitam. Sambil dalam perjalanan ke Iboih Inn, tempat penginapan kami ada juga supir singgah beberapa pantai lain. Tapi kami tengok dari dalam kereta saja sebab kepanasan amat dan masing-masing keletihan. Maklumlah, pukul 3 pagi dah bangun.







Pulau Weh - Iboih Inn

Nak ke penginapan kami ini perlu naik bot. Kalau jalan kaki secara santai dalam 30 minit ikut jalan dalam. Kalau ikut bot, seminit aje rasanya. Sampai saja kami di kawasan pantai Iboih, kami terus tunggu bot dari Iboih Inn untuk menjemput. Pantai Iboih itu biasa-biasa aja, cuma airnya teramatlah jernih. Tapi kelebihannya, lokasi dia berdepan dengan Pulau Rubiah, yang merupakan lokasi diving/snorkeling yang terbaik di Pulau Weh. Malah Villa kami pun betul-betul depan Pulau Rubiah.




Tiba di Iboih Inn, kami disambut oleh petugas di sana, dan beg kami dibawa ke bilik oleh petugas. Okaylah not bad. Kami pilih Bungalow semi beach front. Harganya IDR 550,000/malam. Agak pricey tapi memang saja kami pilih Iboih Inn sebab lokasi dan reviewnya. Biliknya luas dan ringkas. Ada sebuah katil, tong air panas/sejuk, hammock di beranda dan sebuah toilet kecil. Yang mahal tu pada saya mungkin kerana viewnya. Bayangkan bangun pagi disapa ombak, dengan view laut biru hijau yang jernih.









Selain itu, yang menariknya Iboih Inn ini pada communal areanya memerangkap cafe/ruang makan. Memang cantik dan santai. Selain jeti privatenya, tetamu boleh terjun bila-bila masa saja. Ini baru betul-betul infiniti pool. Boleh berenang sampai ke Pulau Rubiah !

bersambung ke hari ke-2


Nota kaki:
Shafira Rental Car - +620 8526 2383 881
Kos Airport ke Jeti - IDR 70,000 Avanza
Simcard (Data Saja) - IDR 55,000
Driver - IDR400,000/day - kami ambil dari Hotel
Jemput dari jeti - IDR50,000/pax


No comments:

Post a Comment