Monday, October 28, 2013

Jelajah Komodo - Kapal LOB Lauan Bajo & Kos Belanja

Inilah mahligai indah kami di sana. Anddddd its my favourite colour, blue! :) Pakej LOB ini diambil melalui Mama Dedeh +6282146635785. Pakej LOB yang kami ambil adalah untuk 2D 1N. Harga keseluruhan bot adalah IDR 3.5 juta. Pakej ni dah lengkap dengan makan dan minum.










Kos Belanja

19/09/2013
Airport Tax Bali - IDR 40, 000/pax
LOB  - IDR 680, 000/pax
* (1 Bot 3.5 juta. Kami ada 5 orang)

Komodo - Pulau Rinca :
Tiket masuk Taman Komodo - IDR 50, 000/pax
Tiker masuk pengunjung - IDR 20, 000/pax
Kamera - IDR 50, 000/pax
Guider/Renjer - IDR 80, 000/group

20/09/2013
Komodo - Pulau Komodo :
Tiket masuk komodo semalam boleh digunakan lagi. Cuma perlu bayar Renjer sahaja - IDR 40, 000/group
Hotel Komodo Indah - IDR 150, 000/room

21/9/2013
Airport Tax Labuan Bajo - IDR 10, 000/pax
Tunes Hotel - IDR 300, 000/room
Tanah Lot - IDR 30, 000/pax

22/9/2013
Pakej Dolphin Lovina - IDR 150, 000/pax
Tegalallang - IDR 5, 000/pax
Airport tax - IDR 150, 000/pax

Pakej supir 2 days IDR 140, 000/pax
*The whole car cost IDR 700, 000

Grand Total : IDR 1, 726, 000


Tiket flight Bali - Labuan Bajo - Bali yang aku dapat aritu (tu pun after sale) adelah RM500. Tang tu mahal sikit. Hopefully boleh bantu korang serba sedikit :)




Sunday, October 27, 2013

Jelajah Komodo Day 5

Lovina - Kintamani - Tegalallang - Sukawati - Sanur - Kuala Lumpur

22 September 2013

Marathon Bali - Menjejak dolphin di Lovina

Kami ada sehingga jam 9 malam untuk meneroka Bali. Flight ke KL malam itu. Seperti yang dijanjikan dengan supir, kami tunggu beliau di bawah jam 3 pagi tepat. Kepala pening betul sebab tidur hanya sejam. Tapi ternyata supir tiba lewat 30 minit. Katanya belum tidur. Sebenarnya aku kurang suka supir ni. Tak berapa nak puas hati. Nanti aku cerita lagi.





Disebabkan tak cukup tidur, kami semua tidur sehingga ke Lovina. Aku ade perasan die macam ada berhenti rehat tapi aku tak pasti berapa lama. Antara sedar tak sedar je. Jam 6 pagi macam tu aku terjaga, cuaca dah macam jam 7 di Kuala Lumpur. Sudah! Aku dah pesan kat supir supaya berhenti solat subuh. Aku terus tanya, "mas, bisa berhenti solat dahulu?" Dengan kurang sukanya dia jawab," La. Kita dah nak sampai ni. Tadi saya berhenti sekejap awak tidur"..

I was like, ko tak boleh ke kejut. Aku mana tahu kau berhenti lama ke, ape ke. Aku fikir kau nak ke jamban dan dalam keadaan separa sedar tu takla aku tengok jam. Aku mendesak dia. Tapi diteruskan juga perjalanan sehingga ke kawasan untuk kami naiki bot melihat dolphin. Kalau tunggu dia, babas la solat aku. Aku terus cari kawasan dan ternyata ada pondok pengawal tak berpenghuni kat situ. Lepas minta izin, aku terus solat. Alhamdulillah. Sia-sia lah kembara aku kalau tak solat. Sia-sialah aku dah pergi jauh-jauh tengok ciptaan Dia tapi aku berlagak dengan Dia kan?



Asal nampak je dolphin semua bot berlari menuju ke arah dolphin
Padahal banyak ni je ha yang dapat. Haha

Akhirnya, selepas sejam (tula konon kata xsempat nak berhenti solat kan) akhirnya baru lah kami naik bot. Botnya duduk sebaris tapi dalam ke bawah. Unik sangat. Aku xprepare bot die akan mcm ni. Bayangkan pakai baju cantik-cantik memang masinlah baju masing-masing. Kami bergerak ke tengah laut dan menanti tanda-tanda dolphin akan keluar. Agak lama menunggu barulah keluar. Itu pun sedikit-sedikit. Dan kami harus mengejar dengan bot tu. Memang seronok sebab ada banyak bot nak memburu dolphin yang berapa ekor je tu.


Kintamani

Selesai di sana, kami minta supir berhenti di kedai untuk beli makanan buat alas perut. Sebab si supir asyik nak bagitahu tak sempat je. Kami nak singgah satu lagi temple pon diberikan alasan tak sempat. Menuju ke kawasan tanah tinggi di Kintamani, kami dapat melihat puncak Gunung Agung. Aku mintak dia berhenti sebab view cantik. And again alasannya, nantilah di depan lagi cantik. Aku agak sangsi sebab klau makin siang, kabus akan meliputi puncak. And confirm. Semasa berhenti di kawasan untuk melihat Gunung Batur, puncak Gunung Agung memang kelaut. Diliputi kabus. Gunung Batur boleh didaki dalam masa sehari menurut salah seorang travel agent yang kami jumpa di sana.

Mount Batur


Tasik hasil letupan Gunung Berapi

Di sini ada banyak orang berjual. Tapi bijak pulak orang-orang kat sini. Jual pakai Ringgit Malaysia. Boleh tahan mahalnya. Kemudian bila nak beli, sekali tanya dipaksanya beli. Rosak keindahan Kintamani dek kerana orang-orang begini. Selalunya supir akan bawa pelancong makan di sebuah restoran yang menghadap pemandangan dari atas bukit. Tapi kami dapat info restoren tu diragui status halal. So kami request untuk hold lunch di kawasan lain.


Tegalallang

Kawasan ini merupakan kawasan padi bukit. Pemandangan teres padi memang cantik. Bayaran masuk pulak IDR 10 000. Aku dan Anne turun la ke teres tu. Yang lain tengok dari atas je. Penat jugaklah nak naik sebab tinggi pacaknya. Tak buang masa teruskan perjalanan cari kedai makan. Oh and barang-barang kat sini quite pricey.





Kedai cenderamata banyak kat sini

Pasar Seni Sukawati - Shopping spree

Di Sukawati lah kami lunch. Tapi ternyata kedai tu bukan muslim. Tapi ditulis halal. Sesungguhnya berserah 100% kepada Allah. Kawasan Sukawati ni macam ala-ala Pasar Payang atau Pasir Panjang. Kene rajin bargain semurah-murahnya. Diorang memang takkan lepaskan customer. Contohnye aku dapat beli mukena(telekung) cotton kaler-kaler RM20 lebih kurang. Memandangkan info tentang masjid yang diterima tak memuaskan, kami request pada supir nak stop solat.




Airport Bali

Usai solat di Sanur sekitar jam 4 petang, kami singgah ke tempat buat barangan Perak. Tak berapa nak interest kat aku kot. Tak cukup seni aku ni. Then jam 5 petang gerak dari tempat pembuatan perak dan flight pukul 10. Nampak tak gap masa yang luas kat situ. Tapi supir tak sabar-sabar nak hantar ke airport. Kami request nak pegi tempat lain tapi die bagi banyak sangat alasan. Sayang la sebab most Malaysian recommend dia, bila dah famous kerja tak serupa bikin. Sampai airport ape lagi terpacak la menunggu. Dah check in semua, flight pulak delay. AA kan. Tak leh la nak complain. Akhirnya sekitar jam 1 pagi kami tiba ke Tanah Air.


Well kalau orang tanya aku pasal Bali, aku cuma cakap "Bali bukan untuk aku. Tak kena dengan jiwa". Tapi yang paling aku rindu & enjoy adalah Labuan Bajo. Tapi kalau nak info yang lebih detail boleh ke blog otai travel, Zilla Adzillah :) Moga bermanfaat!




Wednesday, October 23, 2013

Jelajah Komodo Day 4

Labuan Bajo - Bali - Tanah Lot - Tunes Hotel, Kuta Beach

21 September 2013

Pagi terakhir di Labuan Bajo

Pagi itu kami bangun dengan penuh semangat untuk kembara lainnya. Kami turun dari bilik dan bersedia untuk cari kedai makan. Tapi tak sangka, hotel bajet kami tu sediakan breakfast. Donut ala-ala dunkin and a cup of tea/coffea. Memang recommend la even tho toiletnye agak berlumut tapi bersih sebenarnya.





Usai breakfast kami meneruskan perjalanan untuk mencari souvenir dan postcard. Kemudian terus pos kat pejabat pos. 2 weeks macam tu dah sampai Malaysia. Bagus kan. Kami kembali ke hotel, berkemas dan menunggu kereta untuk ke airport. Sekitar IDR 50 000 per pax. Padahal dekat je pun. Standard la kan airport transfer mana murah. And perkara biasa tentang Indonesia. Tax. Ye. masuk Labuan Bajo aritu pon kene tax. Nak balik pun tax lagi. Kali ini IDR 10 000.





Tiba di Bali

Kami tiba di Bali sekitar jam 2 petang rasanya. Dari airport kami singgah makan tengah hari. Katanya halal. OK aku trust supir kami yang beragama Islam ni. Sebaik sahaja aku duduk dan memesan makanan, meja hadapan menghidang arak. Itu lah antara punca utama aku kurang berkenan dengan Bali. Halal tak cukup dengan hanya "no pork & no bir". Bukan itu sahabat. Sungguh aku doa sangat pada Allah agar kitchen tak bercampur botol arak. Tak payah Bali, kedai-kedai kat Malaysia pun ada mcm tu contohnya Delicious, Chillis, etc. Tak tergamak aku nak terang-terang kat kedai makan macam ni. Biarlah aku kolot kat mata manusia. For all I know, my own sister pernah kerja kat salah satu kedai macam ni and kitchen die tak asing pun. In the end all of the plates, glasses kongsi sink yang sama dengan botol arak. Ampunkan aku ya Allah.


Tanah Lot

Selesai makan kami ke Tunes Hotel di Kuta Beach untuk pickup kawan Zainur yang tiba malam tadi di Bali. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Tanah Lot. Kami agak rush masa tu sebab bimbang terlepas sunset. Alhamdulillah jam 5.20 petang kami dah tiba di Tanah Lot. Ramai betul orang maybe sebab hari sabtu. Sebelum tiba ke kawasan tepi pantai di mana terdapatnya temple, di kiri dan kanan jalan dipenuhi kedai cenderamata dan kedai makan. I would say harganya quite cheap JIKA anda bijak bargain. Well aku tak cukup bijak pulak sebab ade barang yang Kak Jijah dapat sangat murah. Rezeki masing-masing :)








Tiket masuk ke Tanah Lot adalah IDR 30 000. Tarikan Bali tentulah untuk penggemar fotografi. Tanah Lot juga menjadi buruan para shooter sunset or sunrise.





sahabat pemburu sunset

Krisna -Kuta Town

Kami dibawa ke Krisna. Gedung cenderamata daripada makanan - tshirt - lukisan dan sebagainya. Harga quite cheap. Kemudian kami minta supir stop kan kami di Town Kuta untuk dinner. Nampaknya KFC je lah yang diyakini halal. Kami pulang ke Hotel malam itu untuk merehatkan badan sebelum bergerak ke Lovina jam 3 pagi esoknya. Adalah berbaki 2 jam. Penat, tapi masa itu emas :)




Bersambung ke hari ke - 5



Friday, October 18, 2013

Jelajah Komodo Day 3

Pulau Kalong - Pulau Komodo - Pantai Pink di Pulau Padar - Pulau Kenawa

20 September 2013

Aku terjaga agak lewat. sekitar jam 5.30 pagi. Matahari hampir muncul tapi masih gelap. Aku segera menunaikan kewajipan sebelum mengejutkan yang lain, si pemburu sunrise. Alhamdulillah, damai terasa di pagi itu. Sempat berzikir, memuji kebesaran esa berdoa agar dipermudahkan perjalanan hari ini. Sauh diangkat, kapal menuju ke Pulau Komodo. Habitat terbesar Komodo. Sedang menikmati pisang goreng sebagai sarapan, aku terlihat percikan air di air dan tiba-tiba sekumpulan dolphin melompat riang di permukaan air. Aku menjerit memanggil yang lain. 1st time tengok dolphin di laut. Sebelum ni kat Zoo Negara ade la.




Angkat sauh!
Cantiknya pemandangan bila sinar cahaya matahari memancar ke pulau-pulau kecil tak berpenghuni sekitar Lautan Flores. Kadang-kadang feeling macam kat Europe walaupun tak pernah pegi Europe. Kami melalui perkampungan pakcik yang datang berjual semalam. Sebuah masjid tersergam di perkampungan itu. Kemudian terlihat beberapa orang sedang berjalan kaki meniti di tepi pantai menuju ke bahagian sebelah pulau. Mereka kelihatan menuju ke sebuah jeti besar. Rupa-rupanya itulah Kampung Komodo. Penduduk yang berjalan kaki itu membawa barangan cenderamata untuk dijual di sana.


Pulau Komodo

Kami berlabuh ke sebuah jeti baru yang agak besar. Setelah diselidik rupa-rupanya jeti baru ini dibuat sempena kunjungan PM Indonesia ke Pulau Komodo. Jeti lama dari kayu masih dikekalkan. Setibanya kami di sana, ya tanpa mandi, tanpa gosok gigi, hanya makan pisang. Dalam toilet hanya ada air laut. Sanggup ke? Haha. Setibanya di sana, terdapat 2 kumpulan pelancong asing yang sudah sejam menunggu (tahu sebab dengar diorang membebel). Kiranya masing2 tiba agak awal setelah bermalam di Pulau Kalong namun renjer masih belum tiba. Kebanyakan renjer di sini tahu berbahasa Inggeris dan tinggal di Pulau Komodo.



Macam biasa, tamu dari Malaysia selalu saja dijemput ramah. Barangkali antara sebab lain, kerana orang Malaysia tak ramai ke sini. Yang ramainya orang Singapura. Untuk pengetahuan, bagi mereka yang kedatangan haid, tak dibenarkan masuk kerana biawak komodo boleh menghidu bai darah dari jauh. So untuk masuk ke sana, kami tidak lagi perlu membayar tiket masuk hanya bayaran untuk renjer. The best thing about Flores ni, tak macam Bromo, Jogja, diorang tak mintak tips pun :) Yeay


Kejar Komodo

Kami memilih trek terpendek. Tak sampai beberapa minit kami berjalan, Anne menjerit,"Pak komodo tu pak". Sah! Memang ada komodo di laluan trek kami. Boleh tak si bapak renjer ni berlari-lari sambil ajak kami kejar komodo ni. Aku dah mule konfius. Kenapa brader renjer kat Pulau Rinca macam penakut-penakut tapi bapak renjer Pulau Komodo ni slamber. Ok rupenya komodo di sini tidaklah agresif seperti di Pulau Rinca. Aku rasa mcm bape cm je la dekatnye kteorang dengan komodo tu. Lepas tu die boleh stop berjalan and bapak renjer buat bunyi bising nak attract perhatian komodo ni. Komodo tu boleh toleh-toleh pulak dah. Antara percaya atau tak, ini lah rezeki kami.



Lepas tu kami dibawa ke waterpoint komodo-komodo ni. Alhamdulillah memang rezeki kami, ada 2 ekor komodo di situ. So dapatlah kami lihat, bagaimana komodo ni berhenti minum di water point. Selalunya komodo akan menanti mangsa yang cuba dapatkan air di sini macam rusa. Bapak renjer offer untuk ambil gambar dekat kami dengan komodo. Mau tak cuak. Komodo belakang kau, kau boleh riang ria snap gambar depan dia. Bapak renjer boleh ckp,"Jangan risau, saya lihat dari depan kalau dia bangun". Err.. Blasah la pak. Haha

Komodo @ waterpoint. Paling kanan dan bawah adalah sisa najis komodo. Putih sebab tulang belulang



Fregate Hill

Selesai kembara menjejak komodo yang sangat memuaskan hati, kami menuju ke salah satu puncak yang menghidangkan pemandangan terbaik di Pulau Komodo. Kami pilih Fregate Hill yang terletak di laluan trek pendek. Subhanallah, paling indah pernah saya nikmati. Memang terbaik. Camera biasa-biasa ni tak dapatlah nk gambarkan keadaan sebenar. Jika ada masa dan kelapangan silakan ke sini :)




Selesai menuruni Fregate Hill, maka tamatlah kunjungan kami ke Pulau Komodo. Sebelum pulang ke kapal kami singgah di tempat ruang niaga cenderamata. Tshirt, fridge magnet, kalung, mutiara dijual di sini. Kelmarin merupakan perlawanan bola sepak antara Indonesia dan Malaysia. Mujur seri. Malahan penduduk siap bergurau dengan kami, jika Indonesia kalah, mereka mahu kahwini rakyat Malaysia sebab malu jadi rakyat Indonesia. Yelah tu.

Ada banyak rusa kat sini. Makanan si komodo

Pantai Pink

Kami pergi meninggalkan Pulau Komodo dan menuju ke Pantai Pink. Aku dan Kak Jijah snorkeling je trip kali ni. Kami turun ke laut dan masyaAllah, current nye memang lah kuat. Penat kick fin. Letih woo. Dasar lautnya cantik la jugak cuma banyak coral yang dah mati. Pink ke pantainya? Butiran pasirnya memang bercampur kuning-pink. Memang cantik. Pulau ni tak berpenghuni. Orang singgah untuk snorkeling aje. Nak balik ke kapal memang mencabar. Sebab aku kene kick fin ke tengah laut supaya arus deras tu tolak aku ke kapal.




Selesai di Pantai Pink, kami naik ke kapal dan berehat sementara menunggu Ben siap masak makan tengah hari. View Pantai Pink memang cantik. Makanan tengah hari terhidang dan Ben meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Kanawa. Perjalanan mengambil masa lebih 2 jam. So yang lain ambil peluang untuk tidur sambil dibuai angin Laut Flores. Muke toksah cakapla memang terbakar habis. Asalnya aku nak tidur jugak tapi Bapak Amin ni asyik ajak berborak je. Mula la beliau tanya pasal harga tiket kapal terbang lah, cerita pasal Pulau-pulau di Flores lah, cerita pasal projek bot baru beliau lah.


Pulau Kanawa

Pulau ni ada chalet. Cantik dan kecil. Lautnya biru ke hijau warnanya. Kalini aku snorkeling sorang-sorang pasal Kak Jijah macam tak sihat je. Puas hati sebab rasa macam laut tu kau sorang yang punya. Ye lah sape pegi snorkeling time matahari atas kepala? Orang tak sayang kulit je woh. Layan perasaan lah jugak. Cuak tengok tempat kapal berlabuh sebab teramat dalam. Kalau dive, tak terasa dalam sebab ade tong bantuan pernafasan. Nih fuh. Seram. Dapatlah capture few photos, jumpe tapak sulaiman biru. But then again, coralnya banyak dah mati. Mungkin musim panas?





Puas snorkel berenang sana sini, aku pun naik ke bot. Kami pun mula bergerak ke pelabuhan sambil melambai-lambai ke pulau-pulau sekitar Laut Flores. Sempat melihat perkampungan Islam. Menurut Pak Amin penduduk di situ memang orang susah. Tak boleh imagine aku di tempat mereka.

Perjalanan ke jeti kira-kira kurang sejam dan kami sempat makan tengah hari terakhir dengan air tangan Ben. Setibanya di jeti, kami minta bantuan Pak Amin dan Mama Dedeh untuk mencari tempat penginapan. Cadangan asalnya nak menginap ni Hotel Matahari/Mentari. Tak sangka betul-betul sebelah rumah Mama Dedeh. Tapi penuh dan mahal pula. Akhirnya lepas ditemani Mama Dedeh, kami berjaya mendapatkan penginapan di Komodo Inn. Murah jugakla. Sekitar IDR 150 000/room of two dan tandas di dalam. Selesa.


Seperti pulang ke kampung

Itu yang aku rasa saat aku jejak ke darat selepas satu malam di lautan. Pak Amin membawa kami ke rumah beliau sebelum misi mencari Hotel. Meriahnya rumah Pak Amin. Kecil tapi dipenuhi anak-anak dan anak saudara beliau. Pak Amin tinggal bersama dengan bapa mertuanya. Anak-anak saudara yang tinggal berdekatan sering berkunjung ke rumah Pak Amin. Tak lama kemudian Mama Dedeh datang membawa kuih-muih dan air untuk menjamu kami. Salah satu kuihnya, wajik. Sama macam kita di Malaysia.


Rumah Mama Dedeh betul- betul tepi laut. Lawatan Presiden ke Labuan Bajo betul-betul memberi keuntungan kepada penduduk setempat. Mana taknya, landskap berubah menjadi cantik. Tepi pantai di bina water front yang cantik. Kebetulan ketika itu masih dalam program Komodo sukses 2013, so petang tu aku lihat ada beberapa anak muda sedang setup untuk layat tancap malam itu. Akhirnya kami ke Hotel dan berehat kerana telah berjanji untuk dinner bersama malam itu.


Misi mencari lokasi makan malam

Seperti yang dijanjikan, kami ke rumah Mama Dedeh untuk mengajak makan malam. Kami berjalan menuju ke Pasar basah kerana di sana terdapat banyak lesehan untuk merasa seafood yang segar. Memandangkan feeling ala2 bawak ketua gengster (Mama Dedeh la tu), so Mama terus survey harga untuk seekor sotong. "IDR50 000, mbak". Terus Mama Dedeh komplen mahal. Tanpa berlengah beliau suruh kami beli ikan & sotong (atau cumin dalam bahasa indonesia) di Pasar Basah berdekatan lesehan. Mahal sangat katanya. Memang mahal sangat la. Murah lagi makan kat KK.

Nah memang murah la Pasar Basahnya tu. IDR 50 000 tu cuminnya boleh dapat 3-5 ekor. Lumayan kan! So aku serahkan kerja beli ikan kat Kak Jijah, Anne & Zainur. Aku dan Kak Zilla pulak beli kuih Martabak dan Terang Bulan. Ikutkan hati rasa bersalah gila la. Tapi Mama Dedeh berkeras nak bakarkan ikan dan sotong tu and dia nak suruh Pak Amin buatkan sambal. Aku faham, perasaan dia yang rasa tak berbaloi untuk bayar semahal itu untuk makan.

Atas paling kiri, bfast set tido kt Hotel Komodo. While the rest our dinner. Sedap :)

So perut semakin lapar tapi kene sabar sebab kene masak sendiri. Sapa tak terharu, sampai je rumah Mama Dedeh, terus mereka sekeluarga setup kan kayu api untuk bakar, dan Pak Amin sediakan sambal. Sementara nak masak tu, kami dikunjungi ramai orang yang seronok dengar sebab kami dari Malaysia. Terasa macam balik kampung. Lokasi pun tak jauh dari layar tancap, so memang meriah malam tu. Kebetulan ada kakak Mama Dedeh dari Jakarta, saudara Mama Dedeh yang memang orang asal Pulau Komodo, anak sedara Pak Amin, seorang seafarer.


Kisah mitos Komodo

Kitaorang dah macam anak kecil duduk sekeliling kakaknya Mama Dedeh sambil dengar mitos asal usul komodo. Tapi mereka benar-benar percaya mitos ni. Kononya, ada seorang perempuan yang melahirkan anak kembar. Seorang manusia, seekor lagi Komodo. Komodo ni pula adalah nama pulau tu. Bukan nama sebenar biawak gergasi ni.

Sempat pula berborak dengan penduduk asal Pulau Komodo, Ghafur Kasim. Sekarang beliau bekerja sebagai master dive. Sempat kongsi cerita tentang Manta fish. Bertambah teruja la aku dengan Kak Jijah. Tapi diakui memang mahal sangat kos diving kat sini. Sementara tunggu ikan siap dibakar, Pak Amin ajak Kak Jijah ke tepi waterfront semata-mata nak tunjuk kapal baru yang dibikin sendiri Pak Amin.


Sementara aku sedang berborak dengan anak menakan Mama Dedeh, aku dihampiri oleh anak saudara Pak Amin. Beliau pernah bekerja di Malaysia sebagai seafarer. Sekarang masih berlayar tapi di sekitar Indonesia sahaja. Mamat ni aku kurang selesa la. Sibuk nak tnye pasal, orang Malaysia, macam mana nak approuch, pendek kata tengah ayat aku la. Aku pun mulalah kerja-kerja dakwah smpai akhirnya die surrender la pasal boring dengar dakwah-dakwah aku ni. Patutla orang Msia boleh ikut lari jejak pulau nih. Ayat nak manis je. Tapi tak jalan la untuk aku.

Rumah Mama Dedeh. BBQ on going :)
Malam itu takkan kami lupakan. Mereka teramat ramah. Sepertinya seorang saudara yang pulang dari oversea. Teringat kata-kata Ghafur tatkala berborak tentang tayangan layar tancap malam tu. "Tayangan itu untuk mengajar ibu-ibu kayak Mama Dedeh ini supaya tidak membuang sampah di dalam laut. Bapaknya sibuk mencari rejeki di laut, malah ibu-ibunya membuang sampah lagi". Betul sangat tu. Kesedaran sivik kurang sikit di mana-mana sekalipun. Ringan je tangan buang sampah begitu je dalam laut.

Setelah perut terisi dengan kemanisan makanan laut yang segar, kami minta izin untuk pulang dan berterima kasih pada seluruh keluarga Mama Dedeh.

bersambung hari ke - 4